Sunday 6 May 2018

Syurga Sumayyah

27 April 2018 ; Jumaat
Wahai jiwa yang tenang,
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya,
Dan masuklah ke dalam syurgaNya.



Pergilah sayang, ummi redha

Bukan senang nk menerima hakikat kehilangan, walaupun kita tahu semuanya di dunia ni adalah pinjaman, sampai masa mmg perlu dikembalikan kepada yang Hak

Exactly a week tanpa Sumayyah, ummi baru ada kekuatan nk tulis supaya kekal dalam kenangan ummi selama lamanya, mmg awkward betul pantang kali ni tanpa baby.

Takdir Allah itu yg terbaik, mmg terasa gelap kejap dunia lepas 2 doc konfemkan Sumayyah dah takde, rasa tak boleh terima kenyataan, doc panggil ayah n maryam masuk n beritahu baby dah takde heartbeat, ummi menangis semahu mahunya,byk kali ummi tanya why noww? Dah tinggal few weeks je lagi due date and whyy me? tapi menangis mcm mana pun mmg Sumayyah dah takde, Maryam pun menangis, ummi beritahu Maryam, “Maryam, adek dah takde, adek dh meninggal”, kakak Maryam pun menangis, tp mungkin dia menangis sbb dia tgk ummi sedih sgt.

Dan bermulalah proses induce baby as suggested by the doctor, doc kate as for now kita masih tak dpt kenal pasti ape reason heartbeat stop, based on detailed scan everything normal, baby parameter ikut age, uri tak lekang, so doc kata kita tgk dia lahir nnt tgk kot2 baby ade features any syndrome n tgk tali pusat dia.

Ummi induce 3 kali utk kluarkan Sumayyah, sakit betul induce kali ni, lain betul rasa masa bersalin Maryam, atau maybe ummi punya jiwa tgh sgt lemah, lemah menangis fikirkan nk lahirkan Sumayyah dan hanta terus ke syurga Allah. Ya Allah mampu ke aku teran dalam keadaan tak semangat n jiwa lemah ni. Semangat hilang, tak rasa mcm diri sendiri, takde hati pun rasa nk bersalin. Tapi kene jugak ke labor room, dalam labor room paksa diri set dlm kepala “ok kalini takkan dgr baby nangis, prepare yourself, jgn nangis, kene kuat!” tak susah nk kluarkan kamu sayang, mmg kamu tak nangis, tapi Ummi yang tak tahan ternangis jugak walaupun dh janji taknak nangis dah.

Sumayyah klua senyap mata tertutup, Sumayyah baby paling cantik paling tenang paling wangi ummi pernah pegang. Awak sempurna sayang. Ummi cium kamu wangi sangat, ummi cium tangan kaki kamu, Sumayyah nmpk mcm tido je, tenang sgt sayang. Terima kasih nurse sgt memahami bg ummi masa utk pegang Sumayyah sampai ummi slowly boleh let go kamu dibawak ke bilik mayat. Alhamdulillah ayah yg mandikan kamu. Alhamdulillah kakak maryam sempat tgk, kenal dan cium adik Sumayyah. Maryam ckp “adik sakit, adik tak pakai baju baru”. Takpe..kamu ada baju yg lebih cantik sekarang.
After labor doc explain tali pusat tak terbelit, uri okay, baby fresh lembut sempurna still putih with no features of ape2 syndrome, ujian darah cameback with no infection, doc kate as for now, it is unexplained stillbirth. Sumayyah mmg pilih untuk terus ke syurga berbanding hidup di dunia.

Ummi redha tapi ummi rindu kamu dan akan selalu rindu. Ummi akan selalu ingt ummi dah ada 2 anak perempuan. Terima kasih bagi ummi pengalaman yang berharga ni dan kenangan mengandung kamu. No one can replace your place baby. Skrg ayah , ummi dan kakak maryam dah ada 3 kubur utk melawat setiap hari jumaat.

Ummi tulis dari hati, kehilangan kamu membuatkan ummi nk jd hamba yg lebih baik lagi supaya ummi ada peluang masuk syurga jumpa kamu, rindu nk pegang peluk cium kamu, sekarang pun dh rindu. Sumayyah cari dan genggam tangan ummi masuk syurga nnt ya! Kita jumpa lagi nnt! 😍

Rahsia Tuhan,
Sumayyah Mohammad Tarmizey

This is for me, myself n my own beautiful memories of carrying you Sumayyah.



No comments:

Post a Comment